Thursday, June 30, 2011

milik siapa part 2

hati telah dicuri?? siapa?? knapa tak tangkap je?? eh... boleh ke?? bersalah sangat ke mencuri hati orang ni?? hmmm tiada siapa boleh disalahkan bila kesalahan seperti itu berlaku..itu semua KURNIAAN ILLAHI.. siapa kita untuk melawan dan menolak takdir... hati ingin ku tutup rapat.. namun aku masih kalah pada panggilan cinta sesama manusia.. kenapa tidak aku merindui SANG PENCIPTA?? 


aku sedang berusaha..aku mahu menjadi yang terbaik buat diriNYA.. namun...naluri manusiaku..masih mahu dibimbing oleh SANG LELAKI ..mengangkat aku sebagai isteri yang solehah..agar aku bersama-samanya MERINDUI KASIHNYA ALLAH... agar kami sama -sama menyintaiNYA... namun..zaman sekarang..amat sukar untuk menemui semua itu.

hati manusiaku telah memilih..namun siapalah aku untuk dipilih.. jauhnya jambatan kehidupan ku .. semoga ALLAH mempermudahkan segalanya...AMIN...


milik siapa??

dunia ini sering kali dirasakan tidak adil.. sering kali merasakan ia berat sebelah.. kenapa harus ada derita dalam bahagia..kenapa harus ada perpisahan dalam setiap pertemuan??

aku masih mencari hala tuju sebuah kehidupan.. berjalan dalam kegelapan yang entah bila akan munculnya cahaya...

pernah tak korang menyedari.. semua yang telah berlaku ini suatu pembalasan? pembalasan atas sikap kita suatu ketika dulu.. aku tidak sempurna..aku tidak mampu untuk mengembirakan semua orang.. mungkin ini balasanku? aku redha... namun.. apa yg telah aku lakukan?? aku sendiri tidak pasti.. sejauh mana aku telah menyakiti insan lain..setahu ku..akulah yg selalu disakiti.. 
QADA' AND QADAR ALLAH.. sungguh hanya dia yang mengetahui semua ini..aku terima seadaanya.. pengalaman yang hanya ada pada seorang insan.. aku cuba untuk memperbaiki diri.. kerana aku sedar.. aku tak boleh mengharapkan kesempurnaan seorang lelaki..kalau aku tidak sempurna seperti yang mereka harapkan... tapi... bukankah..tiada yang sempurna didunia ini??

jadi, untuk apa mengharap pada sebuah kesempurnaan...aku cuma mahu melengkapkan dan menyempurnakan diriku bersama sebelah lagi kekurangan yang ada.. daripada INSAN yang telah ALLAH tetapkan menjadi milik ku.. siapa dia?? subhanallah.. aku juga tidak tahu siapa..

kita diminta untuk berusaha untuk memiliki dan mencapai apa yang dihajat.. aku jua.. setiap kali itulah aku akan tersungkur.. terjelepuk menangisi kesilapan yang telah dilakukan...














Friday, May 20, 2011

nothing

hanya ingin UPDATE blog yg dah bersawang ni... :)




 kesemua gambar diatas diambil semasa bercuti d KL baru2 ini..

Wednesday, May 11, 2011

apa sebenarnya

apa sebenarnya yang sedang aku alami saat ini.. satu persatu aku lalui..satu persatu aku tinggalkan.satu persatu aku lepaskan.. hadirnya tak pernah aku sangka..tak pernah aku minta.. dia yang aku sayang. sudah jadi milik orang.. aku perlu kuat dan tabah... aku mahu berdiri pada kaki aku sendiri.. dunia ini luas... ingin aku selusuri..merentasi dunia.. biar hanya aku yang tahu betapa luasnya.. kerena  mereka tak pernah ambik peduli.. kerena mereka sibuk dengan hal dan kehendak mereka sendiri..




Wednesday, April 27, 2011

perlukah??

perlukah aku bercinta sekarang?? sesuaikah masa ini untuk aku mengenali sesorang?? menerima seseorang???
 kenapa semua persoalan ini bersarang dibenak aku?? sebb aku sangat2 TRUMA dan takut untuk melalui saat-saat ditinggalkan..hmmmmmmm

Thursday, April 7, 2011

salah kah sebuah pertemuan???

Terkadang kita terfikir :
Adakah kita bertemu dengan orang yang salah?
Teman sekerja yang tak 'ngam'?
Kawan - kawan sekolah atau universiti yang tidak boleh nak buat geng study?
Housemate yang menyakitkan hati (sebab tak pandai membasuh pinggan, bercakap menggunakan kata-kata yang pedas, dan sebagainya) ?
Ataupun kekasih yang tiba-tiba dirasakan tak serasi?
(atau mungkin juga adik beradik, keluarga yang kita tidak boleh fahami perangai mereka?)
((ingat, entry ini bukan hanya untuk cinta-cinta sahaja, okey?))
Kerana hakikatnya, kita akan bertemu dengan ramainya manusia yang menjengkelkan hati kita, dan sangat sukar untuk kita bersama dengan mereka.
Pelbagai ragam dan karenah manusia yang  dapat kita temui di dunia ini.
Kerana berlainannya manusia itu adalah untuk apa .....


 يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْ‌ۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." - [Al Hujurat: 13]

Wednesday, April 6, 2011

MR. Lami says .....

"sayang diri sendiri dulu baru sayang orang lain" 
words yg sampai hari ini..buat aku terpikir dan memikirkan sesuatu... selama ini..aku sibuk menjaga perasaan orang.. hati orang...takut aku mengguris dan mencalarkan mereka...

ya.. mendengar kata-kata nasihat dari MR.Lami...buat aku betul2 rasa aku telah mensia-siakan hidup aku dengan menjaga hati orang lain..sedangkan hati aku tak pernah di jaga.. malah luka yang ada pun aku yang membalut and ubati sendiri...

"dear lami... thnx menyedarkan aku dari lamunan yang tiada kesudahan.. aku cuba..aku usaha.. terima kasih sahabat"