Wednesday, November 24, 2010

aku yang hina

aku yang hina...aku yang dianggap keji olehnya juga keluarga.. entah apa salahku...cuma berikanla aku ruang...dari menyedari semua ini wahai insan.. aku pohon ampun mu...andai aku ini hina dimata indah mu... aku cuma terlanjur menyintaimu..juga keluargamu... kecilnya aku di dunia mu... keluh kesah ku..tiada makna bagimu.. langsung tiada....

lupakah kau pada si hina ini..yang ada saat susah dan senang mu dulu??? yang sering berkongsi makanan...duit asalkan kita dapat bersama..menikmati hari2 kita dikota raya dulu...lupakah kau pada insan ini..yang macam cacing kepanasan...sendirian dirantau orang...bila mengetahui kau sedang sakit teruk... lupakah kau insan!!

kau berada dipuncak mu ketika ini.. akulah yang memimpin dan menemanimu saat kau terpuruk jatuh lalu bangkit semula...dan bila dipuncak..aku kau tolak jauh..hingga aku tidak mampu untuk terus bangun... hingga aku tergapai2 sendiri dahan tuk aku bertahan.... kejam??? ya aku rasakan kau kejam..kau amat kejam!!!!!

hingga aku rasa...aku mati dalam hidup...ya.. akulah roh yang telah kau matikan sebelum saatnya...umpama aku sampah yang ingin kau lupuskan....


aku kah itu??

aku kah itu.. yang ditutupi oleh bebayang sendiri???
aku kah itu..yang terus menanti dan menanti...
aku kah itu.. yang sering ketinggalan dari arus kemajuan manusiawi...
aku kah itu..yang masih bersendirian sedangkan ramai sudah bernyanyi berirama disudut indah.
.aku kah itu..yang masih mencari sisi terang sedang aku...sudah berada dipundak matahari...
aku kah itu.. ????

Monday, November 22, 2010

umur bukan penghalang????

rata-rata ramai mengatakan buat masa atau zaman sekarang ni.. perbezaan umur antara pasangan bukan lagi jadi penghalang dalam sebuah perhubungan... betul ke?? apa yang cuba aku sampaikan is.... perbezaan umur if yang c girl ni lagi tua dari c lelaki.. kita melihat bukan pada perbezaan umur hanya setahun..tpi mungkin lebih dari itu.. 3-6 tahun perbezaanya...

kalian pernah tak..terfikir kalau ini yang terjadi..?? kalau takat becintan cintun still takde masalah lagi kot.. but if sampai ingin melangkah ke alam satu lagi... (rumah tangga)...bagaimana pulak reaksi keluarga?? mahupun diri sendiri??

macama2 perlu difikirkan kalau bersama dengan pasangan lebih muda... ya... aku pernah melaluinya suatu masa lalu...dan penghujung jalan yang kami lalui...kami lemas dalam lalui perjalanan yang telah kami lalui dulu...

biarpun antara kami sudah berlalu dan masing-masing dah kering dari basahnya masalah dulu..dan kini kami berjalan beriringan atas nama sebuah SAHABAT dan PERSAHABATAN... yup...tengelam timbul dek arus lautan.. akhirnya menjadikan kami lebih baik dari sebelum nya... yup...mungkin juga sebb kami tidak berkawan dulu..dan sekarang barulah kami selesa as kawan.. berkongsi apa saja...tp masih tidak semua hal..

Apa sebenarnya perbezaan yg berlaku kalau bercinta dengan lelaki muda ya?? sejak dulu lg.. (bukan nak ckp sombong) memang ramai yang nak jadikan aku kekasih mereka terdiri daripada mereka-mereka yang muda.. ahaks!!! kata seorang rakan.. bercinta dengan lelaki muda..buatkan diri kita lagi "awet muda"

hahaha.. itulah yang berlaku.. sudah ramai aku tolok dengan baik..bahawasanya..aku mmg tidak berminat untuk bercinta dengan mereka yang lebih muda... ya.. bukan aku nak sombong.. tapi itu lah satu syarat yg telah aku tetapkan sejak dulu. tp aku tertewas jgk 1 kali beberapa tahun lepas (seperti yang aku ceritakan diatas)

malu?? ya.. mmg aku mengaku..aku malu untuk mengenalkan pada kawan2 yang aku ada bf muda dari aku.. ya ...itu masa mula2 aku menerima "dia" dulu.. tpi lama2 aku dah tak pikirkan hal tu sangat..(mungkin sebb da sayang sangt kot) ahahhaa dah dah..cukup dengan pengalaman lepas itu... sejarah hanya tinggal sejarah


dan....berbalik pada keadaan aku pada tahun 2010 dengan keadaan single dan mingle ini.. masih lagi ada insan yang begelar adik ...cuba meraih cinta aku... tapi maaflah kalian.. aku tidak dapat menerima... (takut aku taknak2 nnt.. berlaki muda aku akhirnya) ahahah..sebb orang ckp..jgn menolak atau membenci sesorang..sebb nnt yg kita tak suka itulah yang akan menjadi milik kita... hurm..apa2 pun.. JODOH itu ditangan ALLAH.. "Dia" maha mengetahui semuanya...aku redha....


ok.....aku da merapu2..korang masih baca lagi ek?? bosan kan penulisan aku...ahaks!!!


mind set aku masih mengatakan "NO" kepada mereka yang lebih muda.. huhu..kesian mereka.. maafla kalian.. aku terlalu tua tuk korang... (laaaa terasa tua la pulak) ahahahahhahaha biarpun aku tahu... NABI yang kita sayangi jugak berkahwin dengan wanita jauh lebih tua dari baginda..
entah.. aku masih tidak mampu.. kerana terlalu tinggi mungkin ciri2 yang aku mahukan... ok,....next post kot aku nak cerita pasal ciri2 aku nak... ^_^y

Sunday, November 21, 2010

sekadar hiburan

masih terlalu awalkah???

masih terlalu awalkah kita untuk membicarakan hal tahun 2011??? beberapa hari lagi.. november 2010 akan berlabuh..lantas melangkah dengan yakinnya ke bulan terakhir untuk tahun ni.. bukan DISEMBER... ya bulan yang kalau boleh aku nak skip je.. huhuh.. melangkah masuk ke bulan ini..bermakna..genaplah setahun aku sendirian melalui hidup ini tanpa insan yang bergelar kekasih!!!

gila dow!! tempoh yang agak panjang buat aku.. tak pernah aku single tempoh yg aku lalui sekarang..ahahha.. bukan takde sapa nak.. tapi aku yang tak nak..

tipu la kan..kalau sepanjang tempoh ni aku langsung tak terfikir untuk ada penganti... dan lantaran itu aku mencuba bersama kawan baik aku sendiri..masa kolej...dan sama..tidak menjadi.. entah la...

maka..luka makin berdarah dan bernanah!!!

yup.. sekarang kalau aku d tnya..pasti jawapanya ialah..aku takut untuk melalui kegagalan lagi... cukup2 la 2 tahun ini aku teruji dan diuji dengan dugaan.. biarpun aku tahu..ada lg yang melalui dugaan lagi berat dari aku..

1 persoalan akan sentiasa ditanyakan kepada ku.. "bila aku akan menamatkan zaman bujang"??
jawapanku cuma 1.. masih belum ada MR.RIGHT yang aku temui....yang bole menerima buruk baik ku.. yang sanggup bekorban apa sahaja untuk aku... so sapa yang baca blog aku ni..mempunyai ciri2 tu..sila kemukakan borang ye..ahahahahha...dan yang pasti.. SOLATNYA CUKUP 5 WAKTU.. kalau ada calon2 gitu.. insyallah akan aku pertimbangkan

alamak...!! tersasar pulak cerita aku ni kan.. hurm... impian dan harapan aku d tahun 2011.. biarlah mendung ini berarak pergi... aku penat sudah melalui hari2 yang mendung dan hujan ni...tengkujuh lagi kadang2... *_*

ilusi membelai jiwa yang mati

bila akan berakhir semua ini??
kenapa aku masih terpenjara...
sedangakan aku bebas bergerak kemana sahaja mahuku??

atau aku yang memenjara diriku sendiri??
apa jawapan kalian??
aku tidak punya jawapan untuk diri aku sendiri...
bodoh kan!!
percuma semuanya!!


terasa setiap langkahku..tiada penghujung
melangkah dan terus melangkah...
sedangkan mereka sudah berada di penghujung jambatan
aku??
terpunduk terkedu...
luasnya langit... birunya indah..
namun..
keindahan yang ku lihat
hanya ilusi semata
menampar arus minda kosong ku...

seluas padang bola hatiku
sekecil kuman ku dilihat dimatanya...
perlukah aku memberikan
kanta pembesar??

nienakierana
8.59 malam
21/11/2010



Friday, November 19, 2010

sungguh R.I.N.D.U

YA.... AKU RINDU DIA.. MENDENGAR SUARANYA..SAYANGNYA DIA MAKIN MENJAUH..DAN AKU BUKAN SIAPA2 LAGI UNTUK NYA.....

CINTA
suci dan indah untuk dirasai
hilang mu tiada penganti...
pergi mu seringkali disesali...

CINTA
aku memerlukan dirimu...
biarpun kau jauh dan makin jauh..
disudut hatiku...
masih ada kamu...

CINTA
lafaz mu membekukan diriku..
hingga sudah tidak sanggup untuk terus berlari
bertatih aku...berteleku aku...
mengejar bayangmu..

CINTA
jangan kau lari..
jangan kau sembunyi..
kerana dengan lafaz mu...
aku bisa berdiri biarpun
aku telah terperuk dan terduduk lumpuh

nienakierana
11.12 pm
3 june 10

Tuesday, November 16, 2010

harapan dan impian...

beberapa minggu lagi.. ulangtahun dia yang ke 26..dan seminggu selepas itu.. genaplah setahun aku dan dia terpisah.. ya.. setahun...satu tempoh yang agak lama buat aku.. sampai sekarang..aku masih teringatkan dia....lately..aku seperti dulu.. menangis dan merindui dia.. perpisahan berlaku..tanpa aku duga.. bukan kerana sudah tidak menyayangi dia.. tapi kerana sikapnya yang dah jauh berubah.. aku harap..dia bahagia dengan jalan yang dipilihnya..mungkin ada hikmah yang tersembunyi atas apa yang berlaku..ALLAH MAHA MENGETAHUI semuanya....

begitulah pengharapanku.. agar jodoh seterusnya..diberikan padaku..biarlah yang boleh membimbing aku ke jalan ALLAH.. biarlah kami sama2 MENYINTAI ALLAH.. sesungguhnya..aku mencari cinta sejati..cinta yang hanya ALLAH miliki buat umatnya....


Tuesday, November 9, 2010

hari terakhir....

untuk kesekian kalinya.. aku rasa terharu sangat... hari ni last day aku as TEACHER.... dan hari ini berlalu dengan cepat sekali..bermula esok..aku dah tak perlu bangun awal untuk ke sekolah ..seperti rutin ku sebulan yang lalu... hmmmm rasa lain..tp itulah yg perlu aku sedar..aku kena sedar..yang aku hanya guru ganti... dan...aku perlu mengaku..yang aku semakin sukakan bidang ini.. being a teacher bukan pilihan kerjaya aku satu masa dulu... namun aku terbuka hati bermula dengan guru ganti..ahahaha... entah la.. d mana rezeki aku...disitulah aku kerja...

hari ini.. banyak kejutan.. ahaha.. dapat kek.. hadiah.. ada majlis perpisahan.. hmmmm... will miss PPKI SMK LAJAU...

Thursday, November 4, 2010

kebusyan melanda

OMG!!!!!! sebulan aku menjadi guru ganti..sebulan jugak aku langsung teda cuti.. bukan sebb apa.. weekdays sah2 aku kat sekolah... weekend plak masa aku penuh dengan aktiviti2 tertentu.. minggu pertama aku camping.. minggu kedua aku p kl intervew... minggu ke 3 kazen aku kawin.. minggu ni pulak.. aku jadi guru pengiring pulak sebb sekolah aku ada buat camping ko -kum.. pastu sabtu (esok) aku on air.. konti... ptg pulak raptai tuk final bintang labuanfm... ahad pgi kena p sekolah balik..tuk majlis penutupan camping budak2 tu... mlm pulak.. final bintang labuanfm.. OMG!!! bila aku nak rehat ni... ahaha ambik ko niena... masa takde kerja..nak sangat ada kerja...

11 nov ni aku last mengajar.. hummmm lain rasa.. tak sangka sebulan da aku mengajar dan up status jadi seorang guru, biarpun dalam tempoh yang singkat...

hari ni hari jumaat.. sure aku nda dapat tu jawatan penolong pengawas d umskal.. exam dorang isnin depan.. calling pun teda lagi ni dari td... hurm...aku harap.. teda rezeki d sana.. tp ada rezeki d TV3.. amin.....