Saturday, December 31, 2011

selamat tinggal 2011

Bismillahirahmanirrahim. . . . .

2011 baru je berlalu 1 jam, saat entri ini ku tulis. . semoga 2012 akan membawa sinar bahagia bt aku kelak. Sepanjang perjalanan ku 2011 lepas, byk telah aku lalui dan tempohi. . . . Lebih byk sakit dari indah dan lebih dr setegah tahun aku berada di lawas, dan bekerja di HOTEL SERI MALAYSIA LAWAS. . . Dan sAAT ini, aku telahpn berada di kuala lumpur, kehidupan baru yg aku ken lalui nanti.

Hari ini, aku melaluinya sendirian, mengikut sahaja kemana langkah kakiku, sambil memandang dn melihat kebahagiaan org lain, dr sogo ke klcc aku sendiri. Menikmati detik akhir 2011, hati ingin menangis, tp ku tahan, kerana apa guna ditangisi. . . . Semuanya dh berlalu kan.

So, happy new year reader ;)

Saturday, December 17, 2011

dah besawang blog ni.. lama x update.. bkn apa,aku xde bnda nk share..walhal byk je hal yg dh blaku kat kehidupan aku ni.. ok. listkan la eh.. ;)

1: alhamdulillah aku dh keja kat AIA jln ampang.. HQ dia.. as telemerkting exec... actually aku x ade pglaman lgsung.. but aku take this as my opputunity.. smbl ambk pglaman...so far... life good ar kja sana..dpt mmberzy baru... suasana kja pn ok.
d..dh bjaya bt 1 sale.. ;)

2: rmai kawan2 and kenalan aku dh mndirikan rumahtangga.. jmputan pun byk aku dpt.. tp sorry la u ols..i cant dtg lohh.. jauh...

3: owes merindui sseorng.. berharap suatu hari nnti.. sesuatu yg baik berlaku..huhu

Monday, November 28, 2011

aku,dia dan kamu...juga kita

DIA...
KITA pernah menyayangi... juga berharap akan terus kekal bersama DIA...
namun KITA tak boleh... DIA KITA itu milik orang lain dah.. bukan milik KITA lagi...
DIA pasti mahu KITA hidup gembira selepas melalui fasa kehidupan bersama dulu....

AKU...
masih dalam kesendirianku... dalam mengenal erti sebuah kehidupan..
masih gagal dalam usaha memiliki KAMU...
AKU masih dalam pencarian... untuk terus melupaka DIA...
depanku hanya ada KAMU...untuk KITA terus bersama seperti DIA yang sedang bergembira di sana...

KAMU....
mampu ke untuk terus bertahan?
sedangkan kalau KAMU terus "bersama" DIA dengan dunia KAMU...
hanya kesakitan tu yang KITA rasa...
KAMU telah berubah...KAMU gagal untuk mengungkapkan janji yang telah KAMU ungkapkan...
namun AKU masih mampu bertahan dan akan terus bertahan....
semua demi KAMU...

KITA...
AKU MESKIPUN KAMU... perlu bersatu agar KITA terus tabah dan menjalani kehidupan yang sempurna kelak...
AKU akan terus dan terus... mengumpulkan K.I.T.A supaya semuanya bersatu...
KAMU....AKU doakan KAMU terus tabah di sana...agar AKU juga terus tabah dan kuat melalui semua ini....
kerana AKU mahu KITA terus wujud....




DH : 2:11 am on 28/11/2011

Saturday, November 26, 2011

main tarik tali????

bole x dlm khidupan kita tak perlu main tarik tali?? tarik untuk mmberi harapan..keyakinan.. pada ssorg... yg pasti sseorg itu menaruh minat pada diri kita...


tidak digalakkan kita untuk mmberi harapan..sedangkan kita pasti tidak dpt memenuhi kehendak 'dia'.... maka... berterus terang itu baik... meskipun bakal mengecewakan 'dia'...


pokok pangkalnya... ttp akan ada hati yg akan terluka... lbih baik terluka awal dr luka itu bernanah dan terus parah... sehingga bole membinasakan diri..mungkin kan.. siapa tahu...


Published with Blogger-droid v2.0.1

Wednesday, November 23, 2011

kehidupan

semua org mahukan khidupan yg sempurna dan terbaik... me also like that... berhijrah... utk sebuah khidupan yg baik.. meskipun aku perlu mnjauh dr semua mereka yg aku sayangi...


rindu??sudahpasti aku merindui mereka... sahabt yg sudah semestinya akan menegur ksalahan yg aku lakukan... tp.. mereka tak boleh untuk berada dlm khidupan aku setiap masa.. kmi memiliki khidupan yg berlainan...so... selamat berbahagia aku ucapkan sahabat....


since 2003... aku tak pernah betah untuk brada di labuan... paling kurangpun aku akan ada untuk 3-4 blan.. lepas tu aku kluar merantau lg... bukan aku xnak berada lama d labuan.. tp aku perlu berdikari... berjauhan dr fmly..mengajar aku erti rindu kepada mereka... mngajar aku erti sebuah kehidupan ygmungkin aku xkn rasa klu terus berada d labuan...


terkadang hal ini menjadi isu dan pergaduhan aku ngan sahabat ku... maafkn aku sahabat... aku lbih selesa d negeri org... sampai masa aku akan kembali...tapi bukan sekarang... aku masih dalam pencarian... yg aku sendiri tak pasti apa... :(


Published with Blogger-droid v2.0.1

Wednesday, November 9, 2011

mimpi...

pernah tak korang bermimpi??? mesti semua org pernah bermimpi kan... aku pn mcm tu jugak... aku klau bermimpi..aku ssh tuk ingat semula apa yg aku dh mimpi..tapi akan ingt bila aku seolah-olah dh pernah laluinya..


sejak aku mngenali seorg jejaka ni.. aku pernah bermimipikan dia..namun wajah dia dalam kesamaran.. dh lama jga..aku pendam cerita mimpi ni...entah ada ke tak orng nak pecaya...


dalam istikharah ku..aku selalu minta petunjuk...wajah kesamaran itu aku kenali..aku yakin dan pasti... pencarian itu telah membawa aku ke kota metropolitan ini...


hei si jejaka... dont run away from me... aku yakin dengan istikharah ku. .


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sunday, November 6, 2011

saya r.i.n.d.u

merindu seseorg tu hak indvidu.. aku rindu sangat kat dia.. harini.. dia biru!! sweetnya dia pkai baju melayu warna biru..


"awak...ingat lgi tak masa awak jemput saya dr lcct bbrapa bln lpas.. kita g makan.. cara awk mkn pun bt sy terpikat.. hehehe cute!!! "


nak je ckp cemtu kat dia.. rasa2 dia ingt aku x eh??? hmmmmm


Published with Blogger-droid v2.0.1

Saturday, November 5, 2011

suria klcc

pic me and dear kazen.. jejalan kat suria klcc d mlm raya.. huhi...


Published with Blogger-droid v2.0.1

sudah sampai ke penghujung..

tuk MR.S kotttt lagu ni.. huhuhu


Published with Blogger-droid v2.0.1

Wednesday, November 2, 2011

touching sehhhh

Quotes of the Day II


hati aku tersentuh ngan KATA-KATA ni.. dan teringat pada MR.S..  apa khbr dia ye... huhuhu


Published with Blogger-droid v2.0

Tuesday, November 1, 2011

testing!

hehehe sesi mencuba... baru je ambik kat market android ni.. tuk mmudahkan aku update blog..


Published with Blogger-droid v2.0

Monday, October 31, 2011

"kalau jodoh...xkan kemana"...

entah knapa aku tiba2 trfikir ngan ayat tu... aku sunyi?? kot la... dlu ada bf tak macam ada bf... tapi aku cuba untuk mengmbirakn hati aku... aku laluinya brsma2 ngan kazen dan kawan2 akud perantauan ni...

yg telah berlaku antara aku dan Mr.S.. dah berlalu..dan aku dah pun maafkan dia.. dan harap diapun dah maafkan aku..andai ada salah aku smasa bsama dia..

TUTUP HATI..??haah.. aku tgh ttp hati.. tp kwn aku ckp.. jgn buang masa ngan mnutup hati..hidup perlu teruskan. lalui dgn tabah.. kerana semua itu cuma ujianALLAH.. now fokus kerja..

bab kja..alhamdulillah.. aku dterima untuk bertugas di agensi anti dadah kebangsaan..(AADK)...cuma aku xtau bila untuk memulakan tugas...kja ni kontrak 3 bln je..dan yg pasti aku perlu berdepan ngan penagih2 dadah..

so untuk sementara aku terima offer tuk kja part time event.. minggu depan...

hope semuanya berjalan lancar... aku perlu lupakan dia...kalau mahu berjaya..

Wednesday, October 26, 2011

full stop..

kadang2 aku rasa dunia ni seperti tidak adil.. tapi aku trlupa..bahawasanya aku sedng diuji.. akal waras ku kadng2 berhenti untuk berusaha dan aku semakin penat untuk semua ini.. dah terlampau lama aku memendam semua ni.. cuma malas tuk meluahkanya didalam blog ni..

kehidupan aku tiada yang gembira dan indah untuk diceritakan... ok dipendekkan kata.. aku sememangnya sedang mengalami masalah... ya.. sekali lagi aku tertipu dengan smua kata2 manis.. no more MR.S in my life...

apa yg terjadi?? ckuplah hanya aku yg tahu... tak semua perlu aku kongsi..aibnya aku perlu jaga...maruah nya juga perlu aku simpan..meskipun hubungan kmi sudah berakhir.. aku doakan dia terus gmbira dgn jalan yg dipilih..

buat diri aku sendiri..hope aku terus kuat lalui semua ni.. mungkin aku tak cukup baik utk dia...

Friday, October 14, 2011

r.i.n.d.u

aku sedang merindui seseorang... siapa dia?? aku x perlu nyatakan.. ckup hanya aku tau siapa dia... aku harap dia sedang gembira melalui hari2nya dengan tenang dan baik.. semoga allah melindungi dia... "I MISS U... sy tak penah mmbenci awak...dgn apa yg dh awak bt pd sy..."

Thursday, October 13, 2011

sepanjang kehilangan..

lama betul aku tak update blog ni.. dah besawang!!! ehehe.. nw aku dh ada kat kl.. seminggu dh kot.. hurmmm byk hal blaku dlm hidup aku slma aku diammmm tak update blog ni.....

sekarng aku tgh cari keja.. huhu.. mana nak

Sunday, September 25, 2011

sesi chit chat with my mom!

aku baru je lepas CHATING ngn mak aku kat FB... hmm mula2 borak pasal nak bawak durian dri LAWAS ke Labuan jumaat ni... sebbnya jumaat ni last day aku berada d Lawas...

sucinya HATI seorang HAWA

Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.

Thursday, September 22, 2011

setitik hitam


dah polish...tp masih ada kotoran melekat... siapa leh tolong aku hilangkan semua kotoran ni?

"Aku tidak sehebat Khadijah yang amat Rasulullah sayangi, aku tidak setabah Rabiatul Adawiyah yang begitu setia dalam sengsara demi meraih cintaMu, aku juga tidak sesolehah Fatimah, penghulu bidadari syurga.. juga aku tidak sekuat Sumaiyyah dan Asiah, jauh sekali seperti Hajar dan Sarah..

lalu bantulah aku Ya Allah.. teguhkan imanku.. sentiasalah bersamaku dalam mengharungi kehidupan ini.."

IKUT KATA HATI....

ikut kata hati akan binasa... dalam beberapa bulan yang sudah berlalu meninggalkan aku ni... banyak hal telah terjadi dan berlaku... bole tak... nak putar balik masa??? jwapannya TIDAK...ya aku tau... so lalui je lah...

kalau aku ikut kata hati, semua ni berlaku tak rasa2nya??? tersesat dalam cahaya? lemah dalam kekuatan? entah lah...

p/s: ALLAH... turunkan lah "malaikatmu" bimbing aku ke jalan yang lurus :(

perubahan???

kita mudah memandang hina sifat buruk seseorang... tanpa kita menyedari akan hal disebaliknya... tanpa kita cuba mengetahui sebab musababnya... ramai yang membinasakan kehidupan mereka kerana satu-satu pekara..

Wednesday, September 21, 2011

kegagalan????

nampknya aku bakal melalui detik detik kegagalan bercinta... untuk kesekian kalinya... hmmm malas betul aku begini... kita punyalah sibuk2 penat2 mo jaga... ko buat hal!

Tuesday, September 20, 2011

dah 2 hari... ehhhhh 4 hari la... aku tak rasa aku seperti dihargai... kenapa mengajak aku melangkah kalau tak sedia untuk memimpin aku keluar dari kegelapan ini...

kenapa mesti perasaan ini didera...apa salah dan kesalahan yang harus aku lalui sebenarnya ni... MR.S ssh tul nak dihubungi... aku bukan nak burukkan dia.. dia kesayangan ku... tapi mana lagi aku nak luah... kat dalam ni je la... aku sedih ..takkan sesaat pun takde masa dia untuk melihat handphone tu...dia tak tengok je msj aku yang berkoyan2 tuk dia tu...calling yng dah jd miss call tu?

tolong hentikan penderaan "halus" ni.. aku tak kuat... aku dah letih.. haruskah aku berputus asa? aku kah yang tak memahami dia..atau dia sebenarnya yang tak bersedia untuk bercinta lagi...

" B, b jnji tuk melindungi syg.. b jnji tuk kita sama2 lalui khidupan ni.. tapi kenapa b biarkan syg lalui sorang2...syg tau b bz ngan keja.. tp takkan la sesaat pun b teringat syg... knapa mungkiri sedangkan b yang ajak dan nak semua ni menjadi lebih dr sahabat..."

sakitnya lalui semua ni...ya Allah berikan aku kekuatan :(

entah apa -apa

aku nak luahkan..tapi aku tak terdaya... terlalu personal tuk aku shared d sini..biarlah diriku yang tanggung... berharap mr. S sihat n happy d sana... :(

musnah?

aku berada dalam kekeliruan... benarkah apa yg aku lakukan... seolah aku merusak diri sendiri...  :(
sukar dan sulit untuk aku luahkan...
sudah jauh terpesong..
sudah jauh aku berkelana...
 :(

Sunday, September 18, 2011

saya R.I.N.D.U dia...

rindu kat dia sangat..tapi dia busy... weekdays dia keja.. weekend dia kuliah... hurm... kesian lak kat dia ... hope dia happy dengan keadaan ini....

nak borak lama pun tak bole...sebb tau dia dah perah otak kuliah seharian ...
GOOD LUCK syg....

p/s: siapa dia?? hmmm nnt2 la korng tau ek :)

Wednesday, September 14, 2011

kehidupan mereka

Entri kali ni rasa seolah-olah nak bercerita mengenai kehidupan insan-insan yang pernah dan masih ada dalam jalan cerita hidup aku... antara mereka itu ialah :

Monday, September 12, 2011

adakah aku insan itu?

Tulang rusuk Adam yang hilang, biarlah dia yang mencarinya sendiri. Hawa pula, tunggulah dan bersabarlah, tak perlulah kamu yang mencari Adam. Kerana kamu tetap tulang rusuknya yang hilang, dia akan datang mencarimu dan mengambilmu satu hari nanti. Apa yang boleh kamu usahakan Hawa ialah berdoa agar Adam yang datang itu adalah Adam yang beragama, beramal dengan agamanya dan punya akhlak yang baik. Dengan kata lain dapat membimbing kamu ke jalan yang lurus untuk ke syurga. ♥♥
 

Sunday, September 11, 2011

SALAH AKU KE?

salah aku ke kalau aku tegur adik aku..atas kesalahan dia? salah ke aku kalau aku cuba untuk menjadi akak yang terbaik buat mereka? tapi salah ke aku kalau aku melepaskan tanggjungjawap itu?

Thursday, September 8, 2011

muktamad

keputusan muktamad... surat perletakkan jawatan aku dah serahkan..and berkuatkuasa sebulan dari sekarang.. tamatlah riwayat aku bekerja di Lawas ni. kputusan yang dah lama aku bt..tapi lama untuk merialisasikannya... mengalir gak air mata aku masa serahkan surat tu kat HR.. ye lah..aku berada kat hotel ni..since last year... saat hotel ni masih kosong!!! hanya 3 orng penghuni...

dan aku masih bertahan disini sehinggalah PERDANA MENTERI datang mrasmikan..TYT sarawak...CM sarawak..aku lihat jelas dimataku..tak semua ada pengalaman tersebut.. biarpun bukti (gambar) aku tak de.. tapi cukuplah aku je yg tau semua perasaan itu...

wajah kesayangan hamba


my yong's sister

my SRM (sketeriat rakan muda) bro n sis
cikgu mardiana and jebel!!!


Monday, August 29, 2011

doaku termakbul?

acctually masih terlalu awal untuk assume "doa ku dimakbulkan"... masih terlalu awal untuk mengatakan dia itu milik aku selamanya... namun aku tetap bersyukur...kerana aku ditemukan dengan dia...dan HATI aku terbuka untuk bersama dengan dia...biarpun bayang2 MR.L masih bersama aku...

Sunday, August 28, 2011

tiada ku duga

seorang gadis telah merasa perihnya bercinta ...menyinta namun disakiti. 2 tahun 6 bulan menyulam cinta..kesetiaan yang diberikan namun kecurangan yang dibalas... dalam kepayahan dia cuba untuk bangkit... saat rakan lain sudah tamat pengajian...dia masih bertarung melawan rasa yang wujud...juga titik kejayaan untuk dikejar... segera dia mengingatkan diri..kedatangannya ke menara gading itu. akhirnya dia berjaya melalui detik getir sebuah perjalanan...

Friday, August 26, 2011

26 OGOS 1985

26 TAHUN yang lalu... alhamdulillah...aku masih bernafas hingga saat ini.pelbagai dugaan dan rintangan telah aku lalui... syukur pada MU ya Allah...aku diuji dan aku dilindungi oleh mu... sungguh aku bersyukur kerana diberikan peluang untuk merasai udara ini untuk tahun ke 26...

hari ini aku telah lalui lebih dari separuh hari....tiada yang indah...tp paling malang awal pgi aku dah dapat 'hadiah'... 



Wednesday, August 24, 2011

satu hari lagi

ESOK 26 OGOS....!!!

Tuesday, August 23, 2011

MASA

ada seorang anak gadis / wanita... dia seorang yang sangat tabah dan kuat dimata rakan2nya... dia dikatakan mampu hidup berdikari walau dimana sahaja dia dicampakkan..dugaan hidup? semua orang pernah lalui...begitu jugak dia... dipandangan orang...dia pasti akan dapat melalui apa sahaja dugaan... senyuman itu sentiasa dibibir...biarpun terkadang terlepas jua kemarahan,..

setiap malam, senyuman disiang hari itu bertukar tangis... tanpa sesiapa menyedari.. dia dikelilingi oleh insan2 yang kononnya menyayanginya... namun jauh disudut hati, dia sedar semua itu hanya sementara, semuanya pasti akan meninggalkan dia, untuk menjalani kehidupan masing2..

dia sedang mencari, insan yang boleh berkongsi masalah suka dukanya... tapi hanya setiap sujudnya dia mampu berserah.. dugaan dan ujian yang telah dilalui.. hanya mampu ditangsi untuk menjadikan dia kuat dimata insan lain..

rasanya, adakah dia akan tabah dan terus sabar?? entahlah kan...

p/s: wanita itu bernama DANG HAYYUM

Monday, August 15, 2011

keluarga ku

harini, terasa sangat2 penat...sangat letih... badan dan jiwa..kedua2nya aku seolah tak mampu untuk bertahan...air mata menjadi peneman kala sujud ku... meluahkan isi hati padaNYA...semoga doaku didengar...

rindu mak aku!!!.... td adik aku tag kat fb.. status fb mak aku (mak aku ada FB ok!) ehehe.. mak ckp rindu anak2 dia..dia rindu aku n adik aku la yg kat kulim tu.. mana tak nye... c gems tu je ada kat umah..ehehe adik bongsu aku.. terasa lama betul dah aku tak jmpa mak..walhal baru je sebulan lalu.. nak2 lagi bulan Ramadhan ni.. rasa lain la jgk.. dah la tak balik raya.. hmmm tak menyempat la aku berpuasa ngan mereka...

Sunday, August 14, 2011

kembara merdeka

skembara merdeka sudah pun sampai ke Lawas..dan lokasi pilihan. mereka untuk berbuka puasa di hotel seri malaysia lawas..hotel tempat kerja aku.. hari ahad aku cam biasa bkja... biarpun ptutnya cuti... kmi semukat hotel ni..multitasking..hahaha bulan memuji diri..tapi setiap jabatan bolehbuat kerja jabatan lain...aku biarpun as PA.. tapi aku juga pernah as f&b asstnt..aku pernah kerja d bahagian kitchen..kami cuba elak untuk ambik partimers bila ada big fction... dalam bulan puasa ni.. smlm tu kira big fction yg ptama tuk bln ramadhan ni.yeee agak slow sikit htel kmi bulan ni.. nak2 lagi.penduduk lawas ni pun masih baru nak menerima suasana berbuka d hotel...

Saturday, August 13, 2011

saya rindu M.E.R.E.K.A part 1

semenjak tahun 2006 aku dah bersama mereka, biarpun ada antara mereka ini aku kenal since sekolah rendah lagi, tapi siblings aku yang lain since 2006 tu la... SKETERIAT RAKAN MUDA..tetapi dihati aku..walau dimana aku berada..mereka tetap bersama aku..biar aku jauh beribu batu dengan dorang... tapi part tak sukanya tu...dah jauh dr mereka..sure akan ada je lah bahan mereka nak JELEZ kan aku...tahun ni yang pasti.. raya n berbuka posa dengan mereka semua aku tk dpat lakukan.. sedih... dan tdi kat fb.. aku dah agak da... ada pic mereka berbuka puasa bersama... OH... sungguh rasa nak balik labuan... sejam bersama mereka pun aku sanggup.. toooooo mmmuuuccchhhh aku nak share ngan my YONG'S sister... uhuhuhu!

merekalah kekuatan aku.merekalah cermin kehidupan aku... "yong...doakan aku kuat lalui semua ini"

p/s: enjoy pic mereka berbuka puasa :)

BERUBAH..


L.E.T.I.H

badan aku terasa sangat letih.. hari ni sangat2 kurang bersemangat untuk bekerja.. tapi kerja aku tetap kena siapkan. hurm... masuk je jam 1 ptg.. masuk surau...solat then take rest smpi jam 4 ptg..segar ar juga rasa...tp masih lemah jiwa..uhuk!... 

hati masih teringat pada seseorang sebenarnya... susah kan... mana nak fokus ngan keja lagi..ngan masalah sekeliling lagi... tahap maximum dah aku bekerja aku rasa... 2 weeks takde rehat... since balik dr kl la.. haaa tmbah lg..biarpun cuti g kl..tp aku takde masa nak rehat langsung... kl-kulim-kl.. adui yay! nak sangt cuti yang betul2 cuti... entah bila la dpt cuti ni... raya pun dah tak dpt nak cuti... memang rumah ke dua dah HOTEL ni aku rasa...

topik lain :
aku ingatkan selama ni dia ada view blog aku..sebb aku perasaankan sesuatu... seolah2 dia baca entri aku..then komen ngan bg msj d inbox aku (FB)
rupanya tak... kot la.. tp buat pe dia nak tipu kan... 
lagpun sedar diri la niena oi... 
blog ko happe yg ada.. dia pun bukan minat nak baca..

rasa2nya.. kalau dia tau semua "majlis" yg aku duk ckp kat dia tu semua TIPU... dia marah tak??
aku tak dpt bayangkan... uhuhuhu.
bukan niat nak tipu...aku cuma nak uji dia.. nak tau besar mana sayang dia pada aku...
tp aku rasa aku dah kalah.. dia langsung taknak perjuangkan pun
dia lebih rela lepaskan aku pada orang lain...dari berusaha untuk dapatkan aku...

kad "Jemputan" yang aku ckp kat dia tu pun... kad "RAYA" je koottttt...
tapi bukan dia je kena.. mmber2 aku pun ingt tu kad jmputan kwin aku..ahaks!

fmly aku mmg ada carikan aku lelaki untuk aku kenali.. tp lum sampai tahap suruh aku kwin dengan dia pun... lelaki pun tak..msj aku sekali je.. pastu diam.. so aku pun diam je la..
malas la nak pening2kan otak ngan semua ni..

lepaskan semua...
cuma aku tak pernah putus berdoa..
seandainya dia memang jodoh aku...
lami and aku tetap akan bersatu...
biarpun 10 tahun akan dtg...

aku tahu..lepas ni aku takkan bertemu dengan dia la..
aku dapat rasa sangat2..yang dia akan pergi jauh dari aku..
dari kawan aku pun..aku dpt tau dia cam nak pergi jauh.. tp entah la...betul atau tak..
apa pun terjadi...
aku rela kehilangan lami as INSAN KU CINTA
dari aku kehilangan dia as SAHABAT...

Friday, August 12, 2011

oh Kampung!

na..na... nda balik kampung la aku ni tahun!... kerja makin banyak.. (tp masih mampu utk update blog) now aku kena buat kerja2 kerani acc hotel ni sebb dia dah nak berhenti... mulai minggu depan aku kena belajar buat DRR and cash collection... benda ni kena buat setiap hari... so.. masa kerja aku.. up lebih awal aku rasa... hmmmm

 BOsss!! nak naik gaji boleh...ahaks!!!
(mati kalau boss aku baca blog aku nih!)

bab balik kampung aku tak kisah sangat...
aku pun bukannya ada mood mo sambut raya thun ni...
lagipun...
"majlis" tu takkan berlangsung dan takkan terjadi..
cuma aku rasa rindu kawan2 aku...
tahun ni teda la konvoi ramai2 beraya.. pakai baju sedondon ngan dorang..
dah la thun ni baju kami RAKAN MUDA 
warna biru... pebret kaler akuuuu

mood : sambung kerja balik

Thursday, August 11, 2011

aku dah tak sayang...

sejak sebulan yang lalu... aku rasa aku sungguh kejam pada diri aku sendiri... aku dah tak sayang badan aku sendiri kot!
saat ini..aku masih berada di OPIS... mendera diri sendiri.. menghukum diri... 

aku cuba untuk membuang rasa itu.. berjayakah? hmmmm

Wednesday, August 10, 2011


dari aku dapat lagu ni td...aku tak henti -henti terus dengar...
aku cuba memahami maksud lagu ni... 
keliru!
nak keluar dari masalah ni..
tapi
kalau yang sebelah sana tak usaha, ttp taknak...
buat apa...
huh!!!!!

aku perlukan masa untuk menerima dia menjadi sahabat semula...aku tak kuat.

Friday, August 5, 2011

ALLAH…
Inginku hentikan langkah ini,bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,lemah daya,haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,inilah dugaan..
Dan langkahku kini terbuka,
...pada hikmah dugaan,menguji keimanan,
...tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan..
ya allah..putarkanlah masa ini dengan cepat.. aku tak mampu tuk lalui ujian mu kali ini..aku rasa berat untuk melangkah..ampunkan dosaku ya allah...berikan aku kekuatan... aku mencari cinta sucimu ya allah.. temukan aku dengan kebenaran.. aku berjuang menegakkan agamamu.. jauhkan aku dari kehancuran... amin....
 

mari bercerita part 3

5 OGOS 2010

Tarikh ini pada tahun lepas...
tamatlah sudah diri ini bergelar pelajar
3 tahun di bumi PENANG.. 
macam - macam aku lalui..aku pelajari

bermula dengan kehadiran aku kesana SENDIRIAN..
mendaftar sendiri... cuma mampu melihat keluarga -keluarga yang ada...
menghantar anak mereka untuk belajar...
aku gagahkan diri.. tak pernah rasa sesayu itu...
seminggu orentasi aku lalui dengan penuh sabar
tak berteman...
tak berkawan..
ada pun.. aku perasan beberapa orang cam budak kolej...
tapi aku tak berani nak tegur

kedatangan ke  USM juga.. disaluti memori bersama MR.J
bf yg  tersayang (ketika itu)
tapi.. bila dah berlalu 3 tahun itu...
dia tiada saat gembira ku menerima segulung ijazah
sedih...perit...syukur lah MAK ada...
tapi aku dah berangan-angan untuk menyambutnya bersama MR.J
tp jodoh kami berakhir sebelum aku tamat...
berjauhan mengajar aku erti setia dan jujur...
sayangnya.. tak dihargai...
buat ibu tersayang...terima kasih atas segalanya... tak terluah dek kata-kata
pengorbanan mu sungguh bernilai untuk kehidupan ku masa depan.. 
terima kasih mak...

 aktiviti wajib aku n the geng..ehehe KAROK!!


 KENANGAN.....

 Muka sem 1.ahaks! with mak angkat aku...

 masscomm nite!  ni..azad..sama dr labuan ngan aku :)

 takde kerja.. ni la kerja aku.. DJ yg tak seberapa kat kampus..
but melalui ni la.. aku jmpa kawan2 aku yg duk sibuk nak karok kat pic atas tu..
DJ POPULAR KEE??? ^_^

 EX KOLEJ CHERMAI JAYA
 Wakil desa... bowling

 yang pasti... KELAS FILEM

rindunya nak busy...busy ngan shooting...


filem kami terpilih menjadi
"filem terbaik" tahun 2009
semasa malam dinner mass comm


Thursday, August 4, 2011

mari bercerita part 2

kali ni nak borak pasal Hari Raya juga.. heheh mentang2 la Puasa kan... hmmm setiap kali raya..aku punya cerita yang tersendiri... zaman kanak-kanak... malam raya baju kurung aku pakai berlubang!! terkena serpihan bunga api.. adehhh sakit tau.. meraung la juga.tapi itu dah bertahun berlalu.... tingga memori semua tu.. but ...olmos 26 tahun aku bernyawa... aku sekali pun tak pernah salam tangan ayah aku dipagi raya.. sob..sob..sob...

ayah masih ada..cuma tak bersama d pgi raya...rindu nak tau camana rasanya menyambut raya dengan beliau..tapi aku takde peluang... hmmmmmm
DONT LIKE 1ST DAY RAYA SEBENARNYA....

mari bercerita part 1

petang-petang ni.. rasa sangat malas untuk membuat kerja... acctually dah siap pun..cuma kerja2 editing..entah la.. beberapa hari dah tertangguh... saya sangat2 malas.. sebb melayan jiwa nan lara.. uwaaaaaaa....uwa.... marsu pi lami ku... 

ok..ok.. stop it... hari ni saya rasa nak cerita pasal... RAMADHAN...dan HARI RAYA....saya ni tergolong dalam perempuan yang tak reti masak...ahaks!! bukan la mksdnya tak reti langsung... tp tak la sedap mana kalau dibandingkan dengan mak aku masak....

so dipendekkan cerita.. saya mula-mula buat biskut raya.. tahun 2003.. msa ni umur baru 18 tahun...(mangga muda lagi) ahahah... saya buat sendiri tau..tanpa campur tangan mak saya... tapi..buku resepi ada kat tepi..kalau tak..tak jadi juga la..ehehe

reason why? coz saya nak bgi orang yang saya sayang rasa biskut dr tangan saya sendiri..masa tu dia kat johor... dia tak balik raya tahun tu... BF?? hmmm bukan..cuma dia ex BF sy.. ya... sayang sayang dia 7 tahun tau, and we be friend until now.. sebb dia la saya belajar buat biskut..  dia punya lah suka..tahun depannya sy buat lg tuk dia.. tapi semua hbis sebelum raya..ahaha.. ye lah bukan bnyk mana pun mmpu saya pos kat dia.. 

pengalaman tak leh lupa lak.. ahaha seminggu saya buat projek buat biskut.. semata2 taknak mak beli kat kedai..kat kedai tak sedapppp.. nak buat juga... dah siap.. bole lak saya DEMAM.. deman teruk pulak tu..adui.. terus mak n macik gelak kan sy..ahaha.. tp pendek kata.. badan sy tak kuat.. lemah.. sbb sy tak sihat mana pun.. tak cam orang lain..

tapi tahun ni... cam tak leh la pulak saya nak buat semua tu... balik raya pun tak sure lagi.. hmmm apa2 pun..tetap nak buat biskut jugak... 

p/s: mood tgh cari2 resepi..eheheheh


pic tahun 2009.. semangat tuh...sampai malam duk buat... :)

Wednesday, August 3, 2011

hanya sekadar renungan bersama

harini MALAS sungguh aku rasa nak buat kerja.. or dipendekkan kata..aku tengah melayan jiwa yang sedang ribut taufan.. uwa..uwa...(dusssshhhhh sudah2 la tu dang hayyum... dia takkan kembali lagi)

sj je aku nak kongsi hasil dari pembacaan aku la.. aku ambik ni dari iluvislam.. sure korang tau website ni kan...

"Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan,
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan MENYESAL..."

banyak lagi ayat2 dalam tu.. tp kata2 ini la yang aku berkenan sangat.. berharap dia gembira dengan keputusan yang dia sendiri buat.. :(

trip to awat - awat

last saturday.. aku and ketua-ketua jabatan tempat aku kerja pergi ke salah sebuah kampung di Sundar... Sundar satu daerah kecil seperti Lawas la juga... ini kali ke - 2 aku pgi kampung tu... kampung atas air sebenarnya... and soooooo HOOOTTTT la masa pgi tu... nasib bfore pgi tu aku tukar uniform..kalau pakai uniform.. lencun aku ngan peluh...hahaha..alah..aku poret2 panjang berjela pun.. mesti korang bosan kan... enjoice the picca je la ekkk ^_^




ikan TAHAI... a.k.a DADAh..

aku seperti biasa..jadi camerawomen...

Tuesday, August 2, 2011

new chapter new life

for now on.. aku nak HAPPY je... bole kan?? semua orang berhak untuk bergembira...seperti mana setiap orang berhak untuk menyintai dan dicintai... OPPSSS plzz stop talking bout LOVE again... enufff...enufff dang hayyum...


so... untuk menghiburkan dan mengembirakan hati... enjoy the pica....



p/s: to readers, aku tak pakai jubah tau..tp nampk cam aku pakai jubah..aeheheh... kemeja je i pakaiiii

Thursday, July 28, 2011

adam & hawa

ADAM...
hadirmu sudah ditetapkan lebih kuat daripada kudrat HAWA..

HAWA...
kudratmu meskipun lemah...mampu mengoncang dunia...
dirimu dicipta dari tulang yang yang paling dekat dengan jantung dan hati ADAM
agar ADAM boleh menjagamu... memimbing mu...
namun...

ADAM... seringkali terlupa tanggungjawap yang telah diamanahkan...
ADAM... seringkali alpa...mereka perlukan tulang belakang mereka untuk berjaya..meskipun bukan untuk hari ini...tapi hari depan mereka... HAWA tetap ADAM perlukan..

ADAM..mengapa kau calar hati yang indah...murni dan suci kasihnya HAWA pada ADAMnya...tidakkah kau ingin menyempurnakan agama mu..dengan memiliki hati suci HAWA??? tidakkan kau mahu melengkapkan kehidupan mu dengan perhiasan indah yang ALLAH berikan pada HAWA mu??

niena : 10.38 malam (28 julai 2011)

Thursday, July 21, 2011

melepaskan itu bukan suatu yang mudah. dalam hidup aku..."melepaskan" sudah terlalu kerap aku lakukan... ia umpama pengorbanan yang harus aku lakukan...

andai itu yang terbaik... mengapa harus aku memaksa ataupun berharap..aku dah pnat..jiwa ku dah mati. "putus asa".. perkataan yang selalu ada dalam diri aku...tapi aku sendiri masih mahu terus berjuang sampailah aku tersungkur...tanpa ada siapa pun yang peduli..


manusia ini ditakdirkan untuk hidup berpasangan...aku masih diuji dan akan terus diuji..itu yang pasti..bak dialog Nurkasih The Movie "semakin kita diuji...semakin dekat Allah dengan kita"...aku yakin..Allah itu sentiasa bersama aku...semoga aku dtabahkan hati melalui semua ni

Thursday, June 30, 2011

milik siapa part 2

hati telah dicuri?? siapa?? knapa tak tangkap je?? eh... boleh ke?? bersalah sangat ke mencuri hati orang ni?? hmmm tiada siapa boleh disalahkan bila kesalahan seperti itu berlaku..itu semua KURNIAAN ILLAHI.. siapa kita untuk melawan dan menolak takdir... hati ingin ku tutup rapat.. namun aku masih kalah pada panggilan cinta sesama manusia.. kenapa tidak aku merindui SANG PENCIPTA?? 


aku sedang berusaha..aku mahu menjadi yang terbaik buat diriNYA.. namun...naluri manusiaku..masih mahu dibimbing oleh SANG LELAKI ..mengangkat aku sebagai isteri yang solehah..agar aku bersama-samanya MERINDUI KASIHNYA ALLAH... agar kami sama -sama menyintaiNYA... namun..zaman sekarang..amat sukar untuk menemui semua itu.

hati manusiaku telah memilih..namun siapalah aku untuk dipilih.. jauhnya jambatan kehidupan ku .. semoga ALLAH mempermudahkan segalanya...AMIN...


milik siapa??

dunia ini sering kali dirasakan tidak adil.. sering kali merasakan ia berat sebelah.. kenapa harus ada derita dalam bahagia..kenapa harus ada perpisahan dalam setiap pertemuan??

aku masih mencari hala tuju sebuah kehidupan.. berjalan dalam kegelapan yang entah bila akan munculnya cahaya...

pernah tak korang menyedari.. semua yang telah berlaku ini suatu pembalasan? pembalasan atas sikap kita suatu ketika dulu.. aku tidak sempurna..aku tidak mampu untuk mengembirakan semua orang.. mungkin ini balasanku? aku redha... namun.. apa yg telah aku lakukan?? aku sendiri tidak pasti.. sejauh mana aku telah menyakiti insan lain..setahu ku..akulah yg selalu disakiti.. 
QADA' AND QADAR ALLAH.. sungguh hanya dia yang mengetahui semua ini..aku terima seadaanya.. pengalaman yang hanya ada pada seorang insan.. aku cuba untuk memperbaiki diri.. kerana aku sedar.. aku tak boleh mengharapkan kesempurnaan seorang lelaki..kalau aku tidak sempurna seperti yang mereka harapkan... tapi... bukankah..tiada yang sempurna didunia ini??

jadi, untuk apa mengharap pada sebuah kesempurnaan...aku cuma mahu melengkapkan dan menyempurnakan diriku bersama sebelah lagi kekurangan yang ada.. daripada INSAN yang telah ALLAH tetapkan menjadi milik ku.. siapa dia?? subhanallah.. aku juga tidak tahu siapa..

kita diminta untuk berusaha untuk memiliki dan mencapai apa yang dihajat.. aku jua.. setiap kali itulah aku akan tersungkur.. terjelepuk menangisi kesilapan yang telah dilakukan...














Friday, May 20, 2011

nothing

hanya ingin UPDATE blog yg dah bersawang ni... :)




 kesemua gambar diatas diambil semasa bercuti d KL baru2 ini..

Wednesday, May 11, 2011

apa sebenarnya

apa sebenarnya yang sedang aku alami saat ini.. satu persatu aku lalui..satu persatu aku tinggalkan.satu persatu aku lepaskan.. hadirnya tak pernah aku sangka..tak pernah aku minta.. dia yang aku sayang. sudah jadi milik orang.. aku perlu kuat dan tabah... aku mahu berdiri pada kaki aku sendiri.. dunia ini luas... ingin aku selusuri..merentasi dunia.. biar hanya aku yang tahu betapa luasnya.. kerena  mereka tak pernah ambik peduli.. kerena mereka sibuk dengan hal dan kehendak mereka sendiri..




Wednesday, April 27, 2011

perlukah??

perlukah aku bercinta sekarang?? sesuaikah masa ini untuk aku mengenali sesorang?? menerima seseorang???
 kenapa semua persoalan ini bersarang dibenak aku?? sebb aku sangat2 TRUMA dan takut untuk melalui saat-saat ditinggalkan..hmmmmmmm

Thursday, April 7, 2011

salah kah sebuah pertemuan???

Terkadang kita terfikir :
Adakah kita bertemu dengan orang yang salah?
Teman sekerja yang tak 'ngam'?
Kawan - kawan sekolah atau universiti yang tidak boleh nak buat geng study?
Housemate yang menyakitkan hati (sebab tak pandai membasuh pinggan, bercakap menggunakan kata-kata yang pedas, dan sebagainya) ?
Ataupun kekasih yang tiba-tiba dirasakan tak serasi?
(atau mungkin juga adik beradik, keluarga yang kita tidak boleh fahami perangai mereka?)
((ingat, entry ini bukan hanya untuk cinta-cinta sahaja, okey?))
Kerana hakikatnya, kita akan bertemu dengan ramainya manusia yang menjengkelkan hati kita, dan sangat sukar untuk kita bersama dengan mereka.
Pelbagai ragam dan karenah manusia yang  dapat kita temui di dunia ini.
Kerana berlainannya manusia itu adalah untuk apa .....


 يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْ‌ۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." - [Al Hujurat: 13]

Wednesday, April 6, 2011

MR. Lami says .....

"sayang diri sendiri dulu baru sayang orang lain" 
words yg sampai hari ini..buat aku terpikir dan memikirkan sesuatu... selama ini..aku sibuk menjaga perasaan orang.. hati orang...takut aku mengguris dan mencalarkan mereka...

ya.. mendengar kata-kata nasihat dari MR.Lami...buat aku betul2 rasa aku telah mensia-siakan hidup aku dengan menjaga hati orang lain..sedangkan hati aku tak pernah di jaga.. malah luka yang ada pun aku yang membalut and ubati sendiri...

"dear lami... thnx menyedarkan aku dari lamunan yang tiada kesudahan.. aku cuba..aku usaha.. terima kasih sahabat"

Saturday, April 2, 2011

selamat hari lahir....!!!!

buat insan yang pernah menjadi sebahagian daripada hidup aku satu ketika dulu... i wish u happy birthday... 3 april... ulang tahun kelahiran mu.. ingin sekali aku menghadiahkan sesuatu yang bermakna buat mu saat ini.. tapi aku tak bole...sebb aku bukan siapa2 buat mu la lagi kini...

perjalanan kita telah kau tamatkan tanpa kerelaan ku.. namun aku tidak pernah menyimpan dendam.. kerana..kau masih menyimpan sebahagian daripada hidup ku... kembalikan..hanya itu aku mahu.. kembalikan dengan menghuraikan semua persoalan yang sepatutnya kau jawap... aku tidak rela d gantung.. sedangkan kau yang ingin memulakan semuanya dulu...

Thursday, March 31, 2011

kahwin!! kahwin!!!

"perkahwinan"

adeh!! aku rasa tention la.. hari2 aku kena menjawap persoalan orang tentang "bila aku nak kawin" seyes!! aku tak tipu.. hari2 aku akan dapat soalan yang sama..dan hari2 aku akan jwap pekara yang sama...

honestly.. umur cam aku ni.. mmg patut ada BF.. or Tunang.. tp masalahnya.. aku memang takde sapa2.. camana nak ada bf..nak ada tunang..apa lagi mahu bersuami...

esh!!! baru 26 la.. bukan 36 !!!


kawan baru



ini kawan baru aku... nama dia.. marsu pi lami!!
ahaha.. dia sangat la poyo...
call him DATO' LAMI...

kepoyooan dia buat aku senang.. dan kadang2 bengang.. ehehe.. yes! aku baru sangat2 kenal dia ni..dia kawan kepada kawan aku.. kaki melalak gak cam aku.. tgok vdio dia melalak...adeh!! kalah aku..eheheh.. DEAR LAMI... tq happykan aku hari ini..

*sebenarnya aku msih tak tau nama penuh dia!!!!

Tuesday, March 29, 2011

rindu untuk menDJkan diri





sesi latihan yg aku buat dengan kawan2 semasa mengikuti realti radio labuanfm :)

Monday, March 28, 2011

tiada tajuk

jangan menangis hati...
jangan lihatkan kau lemah
kau harus kuat melaluinya

dia bukan untuk mu
dia jua tidak layak untuk mu
sedarla..
hadirnya hanya sementara...
PERCAYALAH...

Friday, March 25, 2011

mengapa

menyayangi seseorang itu amat..amat indah...tapi kalau yang kita sayang itu milik orang..kita tidak akan merasa keindahan itu lagi.. sakitnya...hanya mereka yang pernah merasainya...

bertepuk sebelah tanggan takkan berbunyi.. ya betul.. memang takkan berbunyi.. tapi kalau betepuk kedua-dua tangan pun.. kalau tanggan tu jauh.. takkan berbunyi jugak...

sama juga hati.. kalau tercalit sedikit kecacatan.. calar la ia.. polish camana sekalipun cara.. sempurnanya sudah tidak seperti mula-mula dulu..

argh!!! celaru.. awal- awal pagi emosi dah terkacau..

bukan niat untuk merosakkan hubungan orang..kerana aku pernah merasai betapa sakitnya dirampas.. hmmmmmmmmmmm

kehidupan..

kita tidak pernah menjangkakan apa yang akan berlaku pada masa hadapan.. siapa akan menjangka.. dia akan jadi seorang yang kaya...sedangkan dia cuma menjual surat khbar lama.. dan siapa pula akan sangka dia akan jatuh miskin sedangkan hartanya berkoyan-koyan... semua itu atas kehendak ALLAH...

seperti apa yang aku lalui sekarang...siapa sangka selepas tamat pengajian di USM..aku akan bekerja dalam bidang perhotelan.. sedangkan diploma dan ijazah yang ku miliki... dalam bidang PERFILEMAN... bidang penyiaran... ya... tiada siapa menduga....

kalau dulu aku menjangkakan..aku tidak perlu untuk berpakaian kemas (formal) untuk menjalankan tugas.. tapi apa yang telah aku lalui 3 bulan ini.. cukup baru untuk aku.. aku dipanggil MISS NIENA... aku pakai kot... pakai uniform...pendek kata kena berada dalam keadaan kemas dan formal.. make up! oh semua itu harus aku lalui... bertemu dan berdepan dengan orang2 koporat.. sungguh tidak aku sangka semua ini aku lalui di LAWAS.. mungkin pekara biasa.. tp sememangnya aku tidak pernah terfikir akan melalui semua ini.. apa tah lagi memegang jawatan sebagai PERSONAL ASSISTANT kepada RESIDENT MANAGER "HOTEL SERI MALAYSIA LAWAS"....

di sini, penduduk Lawas cukup berbangga sekiranya anak- anak mereka berkerja di hotel ini..biarpun hanya sebagai room maid.. kerana bagi mereka hotel ini sudah cukup standard... pernah satu hari aku dan rakan pergi ke NGUKEE untuk membeli barang dan sudah semestinya mengenakan pakaian uniform... " anak ni kerja di hotel tu ka?? bagus tu.." pergh!!! bertuah rasa diri.,.. bila mereka memuji pakaian kami cantik dan standardnya bekerja di hotel ini...

tidak kurang juga ada yang ingin mengambil kesempatan... mereka menjangkakan.. bekerja d hotel ini.. lebih2 lagi di bahagian office.. kami ni begaji besar dan boleh la kikis kami... oh silap tuan.. kami ni dagang merempat.. berapalah sangat gaji kami yang ada tu... semuanya lari ke tempat yang lebih penting..


Monday, March 21, 2011

buat pertama kalinya...

buat pertama kalinya..aku melihat wajah adik ku..adik sebelah bapa aku..maksudnya aku ngan dia sama ayah la... hurmmm nama dia amylia..duk kat indonesia..kampung mak dia...


entah apa yang aku rasa saat melihat pic ni daripada salah seorang FB adik aku...nak je aku peluk dia.. tp berangan je la.. terasa rindu.. rindu sebab aku membesar tanpa melihat adik aku membesar.... SEDIHNYA..

aktiviti hujung minggu

setelah sekian lama...knunya.. semalam la aku rasa hujung minggu yang membosankan... hahaha sebb aku tak kerja dan aku tak tau nak buat apa... coz bfore ni every weekend mesti ada function..and aku kena turun padang membantu. kenapa PA pun kena tolong?? sebbnya kami kekurangan pekerja.. so tak salah kan kalau nak menolong..sekali gus aku dapat ilmu baru..sebb kalau sapa-sapa yang kenal aku sure tau aku ni totaly OUT OF SERVICE pasal PERHOTELAN NI...

so.. selain melepakkan diri di rumah.. aku dan kawan2 ada la pergi tengok perlawana bola sepak persahabatan diantara team HSML dengan ....... (alamak tak tau team apa) ahehehe... tapi pergi kejap je.. pas tu pergi kampung Punang...kampung salah sorang mmber aku.. lepak2 tegok pantai la kononnya.... here the picca!!!




*possing sambil makan koci... :P

Wednesday, March 16, 2011

baru tersedar!

Daisypath Anniversary tickers


masa itu pantas berlalu.. dan aku baru tersadar...
semusim telah berlalu...
sekarang...
masing masing melalui jalan sendiri..
sedihnya...
bila dikenang kembali....

*di ambil daripada blog lama antara aku dan dia

makan satey!!!



lepas kerja..(after 5 pm)
rekod paling awal aku balik setakat ini..
ehehe...
aku dan kawan kawan pergi
makan satey!!
sanaaaaaa
SEPITANG....


Tuesday, March 15, 2011

just a picture




Monday, March 14, 2011

ku merindu

my dear kazen!!!



my dear bro n sista SRM!!



rakan -rakan part time DJ ku


dan ramai lagi yang aku rindu sebenarnya... :(


kegembiraan



senyuman itu cuba untuk diberikan kepada semua insan... biarpun dalam hati TSUNAMI tengah melanda...