Thursday, March 31, 2011

kahwin!! kahwin!!!

"perkahwinan"

adeh!! aku rasa tention la.. hari2 aku kena menjawap persoalan orang tentang "bila aku nak kawin" seyes!! aku tak tipu.. hari2 aku akan dapat soalan yang sama..dan hari2 aku akan jwap pekara yang sama...

honestly.. umur cam aku ni.. mmg patut ada BF.. or Tunang.. tp masalahnya.. aku memang takde sapa2.. camana nak ada bf..nak ada tunang..apa lagi mahu bersuami...

esh!!! baru 26 la.. bukan 36 !!!


kawan baru



ini kawan baru aku... nama dia.. marsu pi lami!!
ahaha.. dia sangat la poyo...
call him DATO' LAMI...

kepoyooan dia buat aku senang.. dan kadang2 bengang.. ehehe.. yes! aku baru sangat2 kenal dia ni..dia kawan kepada kawan aku.. kaki melalak gak cam aku.. tgok vdio dia melalak...adeh!! kalah aku..eheheh.. DEAR LAMI... tq happykan aku hari ini..

*sebenarnya aku msih tak tau nama penuh dia!!!!

Tuesday, March 29, 2011

rindu untuk menDJkan diri





sesi latihan yg aku buat dengan kawan2 semasa mengikuti realti radio labuanfm :)

Monday, March 28, 2011

tiada tajuk

jangan menangis hati...
jangan lihatkan kau lemah
kau harus kuat melaluinya

dia bukan untuk mu
dia jua tidak layak untuk mu
sedarla..
hadirnya hanya sementara...
PERCAYALAH...

Friday, March 25, 2011

mengapa

menyayangi seseorang itu amat..amat indah...tapi kalau yang kita sayang itu milik orang..kita tidak akan merasa keindahan itu lagi.. sakitnya...hanya mereka yang pernah merasainya...

bertepuk sebelah tanggan takkan berbunyi.. ya betul.. memang takkan berbunyi.. tapi kalau betepuk kedua-dua tangan pun.. kalau tanggan tu jauh.. takkan berbunyi jugak...

sama juga hati.. kalau tercalit sedikit kecacatan.. calar la ia.. polish camana sekalipun cara.. sempurnanya sudah tidak seperti mula-mula dulu..

argh!!! celaru.. awal- awal pagi emosi dah terkacau..

bukan niat untuk merosakkan hubungan orang..kerana aku pernah merasai betapa sakitnya dirampas.. hmmmmmmmmmmm

kehidupan..

kita tidak pernah menjangkakan apa yang akan berlaku pada masa hadapan.. siapa akan menjangka.. dia akan jadi seorang yang kaya...sedangkan dia cuma menjual surat khbar lama.. dan siapa pula akan sangka dia akan jatuh miskin sedangkan hartanya berkoyan-koyan... semua itu atas kehendak ALLAH...

seperti apa yang aku lalui sekarang...siapa sangka selepas tamat pengajian di USM..aku akan bekerja dalam bidang perhotelan.. sedangkan diploma dan ijazah yang ku miliki... dalam bidang PERFILEMAN... bidang penyiaran... ya... tiada siapa menduga....

kalau dulu aku menjangkakan..aku tidak perlu untuk berpakaian kemas (formal) untuk menjalankan tugas.. tapi apa yang telah aku lalui 3 bulan ini.. cukup baru untuk aku.. aku dipanggil MISS NIENA... aku pakai kot... pakai uniform...pendek kata kena berada dalam keadaan kemas dan formal.. make up! oh semua itu harus aku lalui... bertemu dan berdepan dengan orang2 koporat.. sungguh tidak aku sangka semua ini aku lalui di LAWAS.. mungkin pekara biasa.. tp sememangnya aku tidak pernah terfikir akan melalui semua ini.. apa tah lagi memegang jawatan sebagai PERSONAL ASSISTANT kepada RESIDENT MANAGER "HOTEL SERI MALAYSIA LAWAS"....

di sini, penduduk Lawas cukup berbangga sekiranya anak- anak mereka berkerja di hotel ini..biarpun hanya sebagai room maid.. kerana bagi mereka hotel ini sudah cukup standard... pernah satu hari aku dan rakan pergi ke NGUKEE untuk membeli barang dan sudah semestinya mengenakan pakaian uniform... " anak ni kerja di hotel tu ka?? bagus tu.." pergh!!! bertuah rasa diri.,.. bila mereka memuji pakaian kami cantik dan standardnya bekerja di hotel ini...

tidak kurang juga ada yang ingin mengambil kesempatan... mereka menjangkakan.. bekerja d hotel ini.. lebih2 lagi di bahagian office.. kami ni begaji besar dan boleh la kikis kami... oh silap tuan.. kami ni dagang merempat.. berapalah sangat gaji kami yang ada tu... semuanya lari ke tempat yang lebih penting..


Monday, March 21, 2011

buat pertama kalinya...

buat pertama kalinya..aku melihat wajah adik ku..adik sebelah bapa aku..maksudnya aku ngan dia sama ayah la... hurmmm nama dia amylia..duk kat indonesia..kampung mak dia...


entah apa yang aku rasa saat melihat pic ni daripada salah seorang FB adik aku...nak je aku peluk dia.. tp berangan je la.. terasa rindu.. rindu sebab aku membesar tanpa melihat adik aku membesar.... SEDIHNYA..

aktiviti hujung minggu

setelah sekian lama...knunya.. semalam la aku rasa hujung minggu yang membosankan... hahaha sebb aku tak kerja dan aku tak tau nak buat apa... coz bfore ni every weekend mesti ada function..and aku kena turun padang membantu. kenapa PA pun kena tolong?? sebbnya kami kekurangan pekerja.. so tak salah kan kalau nak menolong..sekali gus aku dapat ilmu baru..sebb kalau sapa-sapa yang kenal aku sure tau aku ni totaly OUT OF SERVICE pasal PERHOTELAN NI...

so.. selain melepakkan diri di rumah.. aku dan kawan2 ada la pergi tengok perlawana bola sepak persahabatan diantara team HSML dengan ....... (alamak tak tau team apa) ahehehe... tapi pergi kejap je.. pas tu pergi kampung Punang...kampung salah sorang mmber aku.. lepak2 tegok pantai la kononnya.... here the picca!!!




*possing sambil makan koci... :P

Wednesday, March 16, 2011

baru tersedar!

Daisypath Anniversary tickers


masa itu pantas berlalu.. dan aku baru tersadar...
semusim telah berlalu...
sekarang...
masing masing melalui jalan sendiri..
sedihnya...
bila dikenang kembali....

*di ambil daripada blog lama antara aku dan dia

makan satey!!!



lepas kerja..(after 5 pm)
rekod paling awal aku balik setakat ini..
ehehe...
aku dan kawan kawan pergi
makan satey!!
sanaaaaaa
SEPITANG....


Tuesday, March 15, 2011

just a picture




Monday, March 14, 2011

ku merindu

my dear kazen!!!



my dear bro n sista SRM!!



rakan -rakan part time DJ ku


dan ramai lagi yang aku rindu sebenarnya... :(


kegembiraan



senyuman itu cuba untuk diberikan kepada semua insan... biarpun dalam hati TSUNAMI tengah melanda...


Wednesday, March 9, 2011

3 - 5 Mac 2011








lately..kesihatan ku tidak memuaskan... admited 3day 2 nite aku d hospital Lawas...adeh... sakit juga la rasa badan kena cucuk2 jarum... kesanya sekarang.. biru / lebam urat aku... hmmmm sabar jak la...

tapi aku bersyukur...kawan2 dari LABUAN yang kebetulan berada di Lawas datang melawat aku




TERlambat???

pernahkah korang terlambat dalam membuat sebarang keputusan juga tindakan??? pernah korang rasa cemburu melihat seseorang itu bersama dengan insan yang disayanginya??? sedangkan korang sedar... kehadiran korang tak pernh membawa apa2 makna pun???

pernah tak korang rasa menyesal?? aku melaluinya sekarang... aku menyesal terlalu cepat membuka pintu hati..sedangkan setahun yang lalu..aku tabah melaluinya... dan saat ini..aku rasa aku lemah..aku tidak mampu untuk melepaskan..sedangkan aku PATUT melepaskan...

sakit mata..sakit rasa hati bila melihat insan yang berada dihati..sedang berbahagia dengan kekasihnya... namun aku sedar...aku sekadar insan biasa..yang mungkin tidak sedar diri dengan semua tu.. aku percaya pada kuasa ALLAH... ALLAH akan berikan aku yang terbaik suatu hari kelak..

buat orang tu.. berbahagialah... kerana sebagai sahabat...aku patut mendoakan kau.. melihat kebahagiaan mu... itulah jua kegembiraan bagi aku...