Friday, March 25, 2011

kehidupan..

kita tidak pernah menjangkakan apa yang akan berlaku pada masa hadapan.. siapa akan menjangka.. dia akan jadi seorang yang kaya...sedangkan dia cuma menjual surat khbar lama.. dan siapa pula akan sangka dia akan jatuh miskin sedangkan hartanya berkoyan-koyan... semua itu atas kehendak ALLAH...

seperti apa yang aku lalui sekarang...siapa sangka selepas tamat pengajian di USM..aku akan bekerja dalam bidang perhotelan.. sedangkan diploma dan ijazah yang ku miliki... dalam bidang PERFILEMAN... bidang penyiaran... ya... tiada siapa menduga....

kalau dulu aku menjangkakan..aku tidak perlu untuk berpakaian kemas (formal) untuk menjalankan tugas.. tapi apa yang telah aku lalui 3 bulan ini.. cukup baru untuk aku.. aku dipanggil MISS NIENA... aku pakai kot... pakai uniform...pendek kata kena berada dalam keadaan kemas dan formal.. make up! oh semua itu harus aku lalui... bertemu dan berdepan dengan orang2 koporat.. sungguh tidak aku sangka semua ini aku lalui di LAWAS.. mungkin pekara biasa.. tp sememangnya aku tidak pernah terfikir akan melalui semua ini.. apa tah lagi memegang jawatan sebagai PERSONAL ASSISTANT kepada RESIDENT MANAGER "HOTEL SERI MALAYSIA LAWAS"....

di sini, penduduk Lawas cukup berbangga sekiranya anak- anak mereka berkerja di hotel ini..biarpun hanya sebagai room maid.. kerana bagi mereka hotel ini sudah cukup standard... pernah satu hari aku dan rakan pergi ke NGUKEE untuk membeli barang dan sudah semestinya mengenakan pakaian uniform... " anak ni kerja di hotel tu ka?? bagus tu.." pergh!!! bertuah rasa diri.,.. bila mereka memuji pakaian kami cantik dan standardnya bekerja di hotel ini...

tidak kurang juga ada yang ingin mengambil kesempatan... mereka menjangkakan.. bekerja d hotel ini.. lebih2 lagi di bahagian office.. kami ni begaji besar dan boleh la kikis kami... oh silap tuan.. kami ni dagang merempat.. berapalah sangat gaji kami yang ada tu... semuanya lari ke tempat yang lebih penting..


No comments:

Post a Comment