Sunday, August 28, 2011

tiada ku duga

seorang gadis telah merasa perihnya bercinta ...menyinta namun disakiti. 2 tahun 6 bulan menyulam cinta..kesetiaan yang diberikan namun kecurangan yang dibalas... dalam kepayahan dia cuba untuk bangkit... saat rakan lain sudah tamat pengajian...dia masih bertarung melawan rasa yang wujud...juga titik kejayaan untuk dikejar... segera dia mengingatkan diri..kedatangannya ke menara gading itu. akhirnya dia berjaya melalui detik getir sebuah perjalanan...


dalam pada dia cuba untuk memulihkan keadaan hati yang pernah disakiti... entah kenapa, susah benar dia nak menerima kehadiran lelaki lain selepas itu. datanglah baik mana pun ...hatinya tetap menolak..dia lebih rela hidup sendirian...

namun setelah setahun  berlalu, dia mula terfikirkan sesuatu... usia nya bukan semakin muda..sampai bila mahu menghukum diri dengan hidup sendirian... dia ingin sekali merasa disayangi. seikhlasnya dia cuba untuk membuka hati..dilembaran yang baru ditahun yang baru... namun dia silap lagi.. usia hubungan tidak smpi sebulan...dia dirobek lagi.. luluh..sakit...kecewa...semua ada... 

membekukan lagi diri..sehinggalah dia ditakdirkan untuk mengenali sesorang....berada jauh dr pndangan mata...namun dia mula tertarik pada jejaka yang satu itu. dengan nekad dihati...dia cuba untuk mengenali.namun dia tidak pernah dihargai...keikhlasan dirinya dipertikaikan..malah dia perlu mengikut kata yang dia sendiri tak pernah terfikir untuk "itu"... dengan rasa berat hati, biarpun 2 hati itu saling menyayangi...tapi cinta mereka tak boleh bersatu dan takkan bersatu...jalan mereka lalui berlainan... simpang yang sangat jauh untuk melangkah bersama....

diuji lagi...dan terus lagi... cuba lagi untuk mencari kekuatan diri yang tak seberapa nak kuat tu...dibulan yang mulia itu, dia memilih untuk melepaskan kasih nya pada insan yang satu itu..dan setiap sujud nya tak pernh lupa untuk ALLAH merubah pemikiran insan yg dia sayangi tu...dan mendoakan kesejahteraan insan itu.

dia rela untuk memandang dari kejauhan...kerana satu hari kelak..mereka berdua pasti akan dpt jawapan kenapa semua itu berlaku pada hubungan mereka... cinta itu tak semestinya berlaku... tp kekuatan c gadis tergugat..peratus kesungguhannya merundum ..bila sijejaka masih juga tidak mahu memperjuangkan RASA yang mereka miliki... dan secara tiba2...datang lagi insan baru yang ingin mengenali wanita tersebut. 

pada mulanya...dia menolak untuk mengenali ...tp atas nasihat kawan2..dia perlu menghilangkan truma yang dialaminya.. dia sangt takut akan kehilangan lagi..dan sangt takut untuk mencuba lagi. dia rela untuk sendiri dari berdua tapi tak seindah yang diharapkan...

tapi siapa dia untuk menolak kuasa ALLAH... dlam pada dia tak nak...sebenarnya hubungan mereka semakin rapat...tiba satu hari.. "kenapa rasa mcam BF je..knapa tak jadikn ia kenyataan??'" 

terkedu! bersediakah dia untuk melangkah satu tahap yng selama ini dia nantikan?yang selama ini dia harapkan pada lelaki lain..tp lelaki lain yang mempelawanya untuk bersama melalui liku kehidupan ini??
kurang dari sebulan mereka rapat...dia telah diajak untuk menjadi tulang belakang kejayaan jejaka itu...bertemu hanya di laman muka buku...tidak pernah bertemu empat mata... yakin kah dia untuk terus hdup bersama jejaka tersebut??? dan sungguh syahdu... 1 syawal ini.. si jejaka ingin mnjadikan hubungan mereka RASMI sebagai pasangan kekasih..

kadangkala, kita mengharapkan apa yang kita mahu itu menjadi kenyataan..tpi ALLAH berikan kita sesuatu yng kita tak suka dan taknak..sebbnya ALLAH MAHA MENGETAHUI APA YANG TERBAIK BUAT DIRI KITA...

si gadis bersetuju dengan cadangan jejaka tersebut.keyakinan itu wujud dari dalam hatinya..biarpun usia perkenalan mereka masih terlalu awal untuk melangkah ke alam yang satu itu... 

"YA ALLAH, ANDAI DIA TELAH KAU TETAPKAN SEBAGAI JODOHKU...AKU REDHA...BERIKAN LAH YANG TERBAIK BUAT DIRIKU..JUGA DIRINYA...JAUHKAN KAMI DARI SEBARANG KEMAKSIATAN DAN SATUKAN KAMI DENGAN CARA YANG BAIK...YA ALLAH... DEKATKAN HATI KAMI...BIARPUN JARAK MEMISAHKAN KAMI YA ALLAH... AMIN..AMIN YA RABBAL ALAMIN"


P/S: berharap inilah penghujung jalan cerita ku :)

No comments:

Post a Comment