Thursday, July 28, 2011

adam & hawa

ADAM...
hadirmu sudah ditetapkan lebih kuat daripada kudrat HAWA..

HAWA...
kudratmu meskipun lemah...mampu mengoncang dunia...
dirimu dicipta dari tulang yang yang paling dekat dengan jantung dan hati ADAM
agar ADAM boleh menjagamu... memimbing mu...
namun...

ADAM... seringkali terlupa tanggungjawap yang telah diamanahkan...
ADAM... seringkali alpa...mereka perlukan tulang belakang mereka untuk berjaya..meskipun bukan untuk hari ini...tapi hari depan mereka... HAWA tetap ADAM perlukan..

ADAM..mengapa kau calar hati yang indah...murni dan suci kasihnya HAWA pada ADAMnya...tidakkah kau ingin menyempurnakan agama mu..dengan memiliki hati suci HAWA??? tidakkan kau mahu melengkapkan kehidupan mu dengan perhiasan indah yang ALLAH berikan pada HAWA mu??

niena : 10.38 malam (28 julai 2011)

Thursday, July 21, 2011

melepaskan itu bukan suatu yang mudah. dalam hidup aku..."melepaskan" sudah terlalu kerap aku lakukan... ia umpama pengorbanan yang harus aku lakukan...

andai itu yang terbaik... mengapa harus aku memaksa ataupun berharap..aku dah pnat..jiwa ku dah mati. "putus asa".. perkataan yang selalu ada dalam diri aku...tapi aku sendiri masih mahu terus berjuang sampailah aku tersungkur...tanpa ada siapa pun yang peduli..


manusia ini ditakdirkan untuk hidup berpasangan...aku masih diuji dan akan terus diuji..itu yang pasti..bak dialog Nurkasih The Movie "semakin kita diuji...semakin dekat Allah dengan kita"...aku yakin..Allah itu sentiasa bersama aku...semoga aku dtabahkan hati melalui semua ni

Thursday, June 30, 2011

milik siapa part 2

hati telah dicuri?? siapa?? knapa tak tangkap je?? eh... boleh ke?? bersalah sangat ke mencuri hati orang ni?? hmmm tiada siapa boleh disalahkan bila kesalahan seperti itu berlaku..itu semua KURNIAAN ILLAHI.. siapa kita untuk melawan dan menolak takdir... hati ingin ku tutup rapat.. namun aku masih kalah pada panggilan cinta sesama manusia.. kenapa tidak aku merindui SANG PENCIPTA?? 


aku sedang berusaha..aku mahu menjadi yang terbaik buat diriNYA.. namun...naluri manusiaku..masih mahu dibimbing oleh SANG LELAKI ..mengangkat aku sebagai isteri yang solehah..agar aku bersama-samanya MERINDUI KASIHNYA ALLAH... agar kami sama -sama menyintaiNYA... namun..zaman sekarang..amat sukar untuk menemui semua itu.

hati manusiaku telah memilih..namun siapalah aku untuk dipilih.. jauhnya jambatan kehidupan ku .. semoga ALLAH mempermudahkan segalanya...AMIN...


milik siapa??

dunia ini sering kali dirasakan tidak adil.. sering kali merasakan ia berat sebelah.. kenapa harus ada derita dalam bahagia..kenapa harus ada perpisahan dalam setiap pertemuan??

aku masih mencari hala tuju sebuah kehidupan.. berjalan dalam kegelapan yang entah bila akan munculnya cahaya...

pernah tak korang menyedari.. semua yang telah berlaku ini suatu pembalasan? pembalasan atas sikap kita suatu ketika dulu.. aku tidak sempurna..aku tidak mampu untuk mengembirakan semua orang.. mungkin ini balasanku? aku redha... namun.. apa yg telah aku lakukan?? aku sendiri tidak pasti.. sejauh mana aku telah menyakiti insan lain..setahu ku..akulah yg selalu disakiti.. 
QADA' AND QADAR ALLAH.. sungguh hanya dia yang mengetahui semua ini..aku terima seadaanya.. pengalaman yang hanya ada pada seorang insan.. aku cuba untuk memperbaiki diri.. kerana aku sedar.. aku tak boleh mengharapkan kesempurnaan seorang lelaki..kalau aku tidak sempurna seperti yang mereka harapkan... tapi... bukankah..tiada yang sempurna didunia ini??

jadi, untuk apa mengharap pada sebuah kesempurnaan...aku cuma mahu melengkapkan dan menyempurnakan diriku bersama sebelah lagi kekurangan yang ada.. daripada INSAN yang telah ALLAH tetapkan menjadi milik ku.. siapa dia?? subhanallah.. aku juga tidak tahu siapa..

kita diminta untuk berusaha untuk memiliki dan mencapai apa yang dihajat.. aku jua.. setiap kali itulah aku akan tersungkur.. terjelepuk menangisi kesilapan yang telah dilakukan...














Friday, May 20, 2011

nothing

hanya ingin UPDATE blog yg dah bersawang ni... :)




 kesemua gambar diatas diambil semasa bercuti d KL baru2 ini..

Wednesday, May 11, 2011

apa sebenarnya

apa sebenarnya yang sedang aku alami saat ini.. satu persatu aku lalui..satu persatu aku tinggalkan.satu persatu aku lepaskan.. hadirnya tak pernah aku sangka..tak pernah aku minta.. dia yang aku sayang. sudah jadi milik orang.. aku perlu kuat dan tabah... aku mahu berdiri pada kaki aku sendiri.. dunia ini luas... ingin aku selusuri..merentasi dunia.. biar hanya aku yang tahu betapa luasnya.. kerena  mereka tak pernah ambik peduli.. kerena mereka sibuk dengan hal dan kehendak mereka sendiri..




Wednesday, April 27, 2011

perlukah??

perlukah aku bercinta sekarang?? sesuaikah masa ini untuk aku mengenali sesorang?? menerima seseorang???
 kenapa semua persoalan ini bersarang dibenak aku?? sebb aku sangat2 TRUMA dan takut untuk melalui saat-saat ditinggalkan..hmmmmmmm