Wednesday, June 9, 2010

peluang ke-2???

entri ini aku taip dalam keadaan minda dan jiwa bergelodak.. memikirkan sesuatu... haruskah kita memberikan peluang ke-2 kepada insan yang pernah menjadi sebahagian dalam hidup kita sebelum ini?? jawapanya sudah semestinya semua orang layak dan berhak untuk mendapatkan peluang ke-2 biar apapun besar kesalahannya yang pernah dilakukan..betul kan???

tapi kenapa aku agak sukar??? bukan kerana membenci...tapi aku takut akan melalui kegagalan lagi sekali.... hummm aku juga pernah mengharapkan peluang ke-2 dari BF aku yg 1st dulu.. (zaman skolah laaa) tp aku tak pernah diberikan peluang..cuma peluang yang kecil..untuk bergelar sahabatnya... dan aku bersyukur... aku masih terus menjadi sahabatnya...hingga hari ini...

tp akan kah ada ruang dalam hati aku untuk memberikan peluang ke 2 buat MR.J?? kalau dinilai dan ditilik..masih boleh untuk aku memberikan dia peluang ke-2...tp bila memikirkan sikapnya...corak pemikirannya... agak susah untuk aku membuat keputusan...bayangkan... dia mahu aku memberikan dia peluang ke2.. tapi pada masa yang sama.. aku langsung tidak nampk kesungguhhannya untuk mendapatkan hatiku semula..

wahai MR.J... buktikanlah...tunjukkanlah kesungguhhanmu.. biar aku yakin..biar aku boleh berharap padamu buat kali ini untuk kesekian kalinya...

tp...ada sesuatu yang merunsingkan aku..kalau lah MR.J melakukan semua itu.. masih mampukah aku untuk menerima dia..sedangkan dalam hati aku..namanya makin terhakis dan terkikis...

kejam kah aku kerana mengikis semua memori dan perasaan padanya...sedangkan hubungan kami dulu..lama terjalin???

see...aku masih memikirkan perasaan orang lain..sedangkan perasaan aku tiada sapa mahu peduli dan menjaganya...kenapa aku harus demikian..sedangkan aku LAYAK untuk tidak memberikan dia peluang ke2...betul kan??

seorang teman telah memberitahu aku..berikan saja peluang ke2..sama2 kamu perbaiki diri..sama2 menilai semula atas apa yang telah berlaku dulu....

tapi aku buntu..aku amat2 takut untuk membuat keputusan buat masa ini..(mungkin kah aku masih mengharap pada ALFIE untuk kembali) yang pasti..ALFIE takkan kembali..huhuhu..

kadangkala... rasa seronok hidup sendiri..kemana saja aku mahu pergi...tak perlu mendapat izin sesiapa..melainkan mak.. tp boleh kah aku memilih untuk tidak BERPASANGAN?? sdangkan kawan2 sekeliling aku sedang lena diulit bahagia????


p/s: kepada yg membaca blog ini..aku minta pandangan korang bule tak???

No comments:

Post a Comment